Waktu

Kalendar

Followers

There was an error in this gadget

Info

IP

Visitor

---------------SAMA-SAMA JANA PENDAPATAN---------




Blog membuat perabot ini merupakan titik permulaan ke arah profesionalisme Guru Cemerlang....Blog ini bertujuan memberi pendedahan kepada saya sendiri untuk maju ke arah dunia pendidikan yang lebih moden dan global. Ia akan dapat membantu saya berhubung dengan rakan-rakan sejawat di seluruh Malaysia. Blog ini juga mampu memberi pengajaran dan pembelajaran kepada semua murid yang mengambil bidang membuat perabot sama ada di sekolah saya sendiri mahu pun di seluruh Malaysia.

Guru Pemimpin 360 Darjah

Posted by Pendeta Guru Monday, December 12, 2011

Memimpin atau Memenangi Hati Pegawai Atasan

Guru Pemimpin 360 Darjah perlu memimpin dirinya sendiri dengan cemerlang atau bawa diri dengan baik, bagi mempengaruhi dan memenangi hati orang atasannya.

Prinsip LEAD UP 1:

1. Bawa Diri dengan Baik (Pimpin atau Urus Diri Sendiri dengan cemerlang)
Menurut Maxwell "Pimpinlah diri saudara sendiri dahulu. Itulah permulaannya. Lagipun, sekiranya saudara tidak mahu mengikut diri saudara sendiri, mengapa pula orang lain mahu mengikut saudara?"
Bos menyenangi orang-orang di bawah pimpinannya yang bijak mengurus dirinya sendiri. Sekiranya bos banyak menghabiskan masa mengurus orang bawahannya seperti memberikan arahan, teguran, dan bimbingan yang berulang-ulang, menunjukkan orang bawahan itu tidak bijak mengurus dirinya sendiri. Contohnya di sekolah, sekiranya guru itu hanya menunggu arahan baru menjalankan tugas ataupun membuat kerja sambil lewa, masuk ke kelas tanpa persediaan yang rapi, buku latihan murid tidak diperiksa, lewat masuk ke kelas, dan lain-lain yang negatif, beliau pasti sukar memenangi hati ketuanya.
Maxwell menegaskan, Pemimpin 360 Darjah yang bijak mengurus dirinya adalah pemimpin yang mengurus emosi, masa, keutamaan, tenaga, fikiran, ucapan, dan kehidupan peribadinya dengan baik.

2. Urus emosi
Guru yang garang tentu tidak bijak mengurus emosinya. Guru perlu tegas bukan garang. Guru tegas akan dihormati, sebaliknya guru garang akan dibenci dan dijauhi.

3. Urus masa
Guru perlu mengurus masa dengan baik seperti datang ke sekolah, masuk ke kelas, hadir mesyuarat, hadir kokurikulum, hantar buku rekod, periksa buku latihan murid, sediakan markah, sediakan kad laporan dan lain-lain dalam masa ditetapkan. Apabila berlaku sebaliknya, bos terpaksa membuat teguran dan sebagainya. Keadaan ini pasti membuatkan guru itu sukar memenangani hati bosnya.

4. Urus keutamaan
Guru yang bijak dapat mengurus keutamaan dengan menyenaraikan perkara yang patut dan mesti dilakukan dan perkara yang tidak patut dan perlu dihentikan. Perkara yang kita suka lakukan tidak semestinya termasuk dalam senarai perkara yang mesti kita lakukan dan diberi keutamaan sehingga mengabaikan perkara yang mesti dilakukan.

5. Urus tenaga
Tenaga perlu diurus dengan baik, kerana orang yang banyak masalah walaupun banyak tenaga, pasti letih sekiranya tidak bijak menyelesaikan masalah itu. Sekiranya berhadapan dengan masalah, cari ataupun analisis punca serta selesaikan dengan bijak dan berhemah.

6. Urus fikiran
Memimpin diri dengan cemerlang termasuk mampu mengurus fikiran. Menurut Maxwell, "Saya menggalakkan saudara cuba mengurus fikiran begini. Sekiranya kita tidak pernah melakukannya, kita akan berasa kagum dengan hasilnya. Ingat formula ini, 1 minit > 1 jam. Satu minit berfikir lebih bernilai daripada satu jam berbual kosong ataupun bekerja tanpa tujuan".

"Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadat (sunat) 60 tahun."
Maksud Hadis, riwayat Ibn Hibban.

7. Urus ucapan
Ucapan atau kata-kata yang keluar dari mulut kita perlu diurus dengan baik kerana kata-kata ialah cerminan kepada peribadi manusia. Kita sepatutnya tidak hanya pandai bercakap, tetapi tidak melakukan apa-apa. Bos kita tentu tidak menyenangi orang bawahannya yang sedemikian. Menurut Maxwell, "Jika kita mempunyai sesuatu yang baik bagi diucapkan, katakannya seringkas mungkin. Jika tidak, diam lebih baik".

"Jika berkata-kata itu daripada perak, nescaya diam itu daripada emas."
Pepatah Arab

8. Urus kehidupan peribadi
Orang yang dapat mengurus kehidupan peribadinya dengan baik, lazimnya ia dapat mengurus tugas dan tanggungjawabnya dengan baik. Sekiranya kehidupan peribadi kita berserabut, kerja juga berserabut, bagaimana kita dapat memenangi hati bos.

Menurut Maxwell, " Jika kita mahu memimpin pegawai atasan, kita perlu selalu memimpin diri kita dahulu. Jika tidak, kita dianggap tidak berkebolehan. Saya dapati kata-kata ini adalah benar:

Jika saya tidak dapat memimpin diri saya,
tiada siapa mahu mengikut saya.

Jika saya tidak dapat memimpin diri saya,
tiada siapa akan menghormati saya.

Jika saya tidak dapat memimpin diri saya,
tiada siapa ingin menjadi pasangan saya.

Kata-kata ini dapat digunakan apabila kita mahu mempengaruhi bos, rakan sejawat, ataupun orang bawahan kita. Apabila kita cemerlang dalam melakukan kerja yang sepatutnya kita lakukan, kita mempunyai lebih banyak peluang bagi meninggalkan kesan yang baik dalam diri orang lain."

(Khuzaimah Sulaiman - Pengetua Cemerlang Jusa C)

0 comments

Post a Comment

Search This Blog

Waktu Solat

Chat

Recent Post

KLIK UNTUK JANA PENDAPATAN