Waktu

Kalendar

Followers

There was an error in this gadget

Info

IP

Visitor

---------------SAMA-SAMA JANA PENDAPATAN---------




Blog membuat perabot ini merupakan titik permulaan ke arah profesionalisme Guru Cemerlang....Blog ini bertujuan memberi pendedahan kepada saya sendiri untuk maju ke arah dunia pendidikan yang lebih moden dan global. Ia akan dapat membantu saya berhubung dengan rakan-rakan sejawat di seluruh Malaysia. Blog ini juga mampu memberi pengajaran dan pembelajaran kepada semua murid yang mengambil bidang membuat perabot sama ada di sekolah saya sendiri mahu pun di seluruh Malaysia.

Guru Pemimpin 360 Darjah

Posted by Pendeta Guru Saturday, December 17, 2011 0 comments

Prinsip LEAD UP 2:


Ringankan Beban Kerja Bos
Walaupun bos mungkin serba tahu, tetapi bagi serba boleh mungkin agak sukar, lebih-lebih lagi kerana banyaknya tugas yang perlu diurus dan diselesaikan. Sebagai seorang bawahan, sekiranya kita dapat meringankan beban kerja bos, kita tentu antara staf yang berjaya memenangi hati bos.

Prinsip LEAD UP 3:


Sanggup Melakukan Kerja yang Orang Lain Enggan Melakukannya
Ada orang berkira atau memilih tugas yang disukainya sahaja yang ingin dilakukannya. Ada juga yang tanpa segan silu menolak tugas yang tidak disukai atau yang sukar dilakukan. Orang yang berkira sebegini, sampai bilapun sukar memenangi hati bos.

Prinsip LEAD UP 4:


Jangan Urus Sahaja - Pimpin!
Petikan dari buku Maxwell dalam Pemimpin 360 Darjah edisi bahasa Melayu "Ada seseorang yang menyatakan, pengurus adalah golongan yang perlu melakukan tugas dengan betul dan tepat, sementara pemimpin adalah golongan yang perlu melakukan perkara yang betul. Maknanya, pemimpin bertanggungjawab memastikan perkara yang betul dilaksanakan supaya organisasi dapat terus berkembang maju....".

Prinsip LEAD UP 5:


Memupuk Hubungan yang Serasi
Maxwell ada menjelaskan dalam bukunya edisi bahasa Melayu, "Sebagai Pemimpin 360 Darjah, kita perlu berusaha berhubung dengan orang yang kita pimpin dan orang yang memimpin kita. Sekiranya kita mahu memimpin pegawai atasan, kita perlu mengambil tanggungjawab berhubung dengan ketua kita."

Prinsip LEAD UP 6:


Bersedia Setiap Kali Berdepan dengan Pemimpin
Kita perlu menghargai masa ketua, kerana itu kita perlu benar-benar bersedia setiap kali bertemu dengan mereka. Menurut Gibbons, "Salah satu cara terbaik menjimatkan masa adalah dengan berfikir dan merancang terlebih awal, berfikir selama lima minit sering menjimatkan masa berkerja selama sejam."

Prinsip LEAD UP 7:


Mengetahui bila Perlu Mendesak dan bila Perlu Mengalah
"Semasa bermesyuarat dengan bos, perhatikan cara kita menyampaikan pandangan. Adakah kita menyatakan dengan jelas, yang dapat disumbangkan kepada perkara yang dibincangkan? Ataupun adakah kita mengulang-ulangnya dengan harapan kita akan 'menang'?" Jelas Maxwell dalam bukunya edisi bahasa Melayu Pemimpin 360 Darjah.
"Orang tidak mahu bekerjasama sekiranya hanya mereka sahaja yang terpaksa menanggung risiko, tetapi kita tidak." - Maxwell.

Prinsip LEAD UP 8:


Menjadi Orang Harapan
Mereka yang menjadi orang harapan lazimnya mampu menyiapkan kerja dalam keadaan tertekan, dalam keadaan sumber yang sedikit, memberi hasil apabila beban menjadi lebih berat, memberi hasil semasa pemimpin tiada, dan memberi hasil pada masa yang terhad.

Prinsip LEAD UP 9:


Jadikan Diri Kita Hari Ini Lebih Baik dari Semalam

"Sesiapa yang dua harinya (semalam dan hari ini) sama sahaja, dia rugi. Sesiapa yang hari ini lebih teruk dari semalam, dia celaka (mal'un)." Abu Sulaiman ad-Darani.

"Kita tidak dapat mengubah di mana tempat kita bermula, tetapi kita dapat ubah arah tempat yang kita tuju." Napoleon Hill.

Guru Pemimpin 360 Darjah

Posted by Pendeta Guru Monday, December 12, 2011 0 comments

Memimpin atau Memenangi Hati Pegawai Atasan

Guru Pemimpin 360 Darjah perlu memimpin dirinya sendiri dengan cemerlang atau bawa diri dengan baik, bagi mempengaruhi dan memenangi hati orang atasannya.

Prinsip LEAD UP 1:

1. Bawa Diri dengan Baik (Pimpin atau Urus Diri Sendiri dengan cemerlang)
Menurut Maxwell "Pimpinlah diri saudara sendiri dahulu. Itulah permulaannya. Lagipun, sekiranya saudara tidak mahu mengikut diri saudara sendiri, mengapa pula orang lain mahu mengikut saudara?"
Bos menyenangi orang-orang di bawah pimpinannya yang bijak mengurus dirinya sendiri. Sekiranya bos banyak menghabiskan masa mengurus orang bawahannya seperti memberikan arahan, teguran, dan bimbingan yang berulang-ulang, menunjukkan orang bawahan itu tidak bijak mengurus dirinya sendiri. Contohnya di sekolah, sekiranya guru itu hanya menunggu arahan baru menjalankan tugas ataupun membuat kerja sambil lewa, masuk ke kelas tanpa persediaan yang rapi, buku latihan murid tidak diperiksa, lewat masuk ke kelas, dan lain-lain yang negatif, beliau pasti sukar memenangi hati ketuanya.
Maxwell menegaskan, Pemimpin 360 Darjah yang bijak mengurus dirinya adalah pemimpin yang mengurus emosi, masa, keutamaan, tenaga, fikiran, ucapan, dan kehidupan peribadinya dengan baik.

2. Urus emosi
Guru yang garang tentu tidak bijak mengurus emosinya. Guru perlu tegas bukan garang. Guru tegas akan dihormati, sebaliknya guru garang akan dibenci dan dijauhi.

3. Urus masa
Guru perlu mengurus masa dengan baik seperti datang ke sekolah, masuk ke kelas, hadir mesyuarat, hadir kokurikulum, hantar buku rekod, periksa buku latihan murid, sediakan markah, sediakan kad laporan dan lain-lain dalam masa ditetapkan. Apabila berlaku sebaliknya, bos terpaksa membuat teguran dan sebagainya. Keadaan ini pasti membuatkan guru itu sukar memenangani hati bosnya.

4. Urus keutamaan
Guru yang bijak dapat mengurus keutamaan dengan menyenaraikan perkara yang patut dan mesti dilakukan dan perkara yang tidak patut dan perlu dihentikan. Perkara yang kita suka lakukan tidak semestinya termasuk dalam senarai perkara yang mesti kita lakukan dan diberi keutamaan sehingga mengabaikan perkara yang mesti dilakukan.

5. Urus tenaga
Tenaga perlu diurus dengan baik, kerana orang yang banyak masalah walaupun banyak tenaga, pasti letih sekiranya tidak bijak menyelesaikan masalah itu. Sekiranya berhadapan dengan masalah, cari ataupun analisis punca serta selesaikan dengan bijak dan berhemah.

6. Urus fikiran
Memimpin diri dengan cemerlang termasuk mampu mengurus fikiran. Menurut Maxwell, "Saya menggalakkan saudara cuba mengurus fikiran begini. Sekiranya kita tidak pernah melakukannya, kita akan berasa kagum dengan hasilnya. Ingat formula ini, 1 minit > 1 jam. Satu minit berfikir lebih bernilai daripada satu jam berbual kosong ataupun bekerja tanpa tujuan".

"Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadat (sunat) 60 tahun."
Maksud Hadis, riwayat Ibn Hibban.

7. Urus ucapan
Ucapan atau kata-kata yang keluar dari mulut kita perlu diurus dengan baik kerana kata-kata ialah cerminan kepada peribadi manusia. Kita sepatutnya tidak hanya pandai bercakap, tetapi tidak melakukan apa-apa. Bos kita tentu tidak menyenangi orang bawahannya yang sedemikian. Menurut Maxwell, "Jika kita mempunyai sesuatu yang baik bagi diucapkan, katakannya seringkas mungkin. Jika tidak, diam lebih baik".

"Jika berkata-kata itu daripada perak, nescaya diam itu daripada emas."
Pepatah Arab

8. Urus kehidupan peribadi
Orang yang dapat mengurus kehidupan peribadinya dengan baik, lazimnya ia dapat mengurus tugas dan tanggungjawabnya dengan baik. Sekiranya kehidupan peribadi kita berserabut, kerja juga berserabut, bagaimana kita dapat memenangi hati bos.

Menurut Maxwell, " Jika kita mahu memimpin pegawai atasan, kita perlu selalu memimpin diri kita dahulu. Jika tidak, kita dianggap tidak berkebolehan. Saya dapati kata-kata ini adalah benar:

Jika saya tidak dapat memimpin diri saya,
tiada siapa mahu mengikut saya.

Jika saya tidak dapat memimpin diri saya,
tiada siapa akan menghormati saya.

Jika saya tidak dapat memimpin diri saya,
tiada siapa ingin menjadi pasangan saya.

Kata-kata ini dapat digunakan apabila kita mahu mempengaruhi bos, rakan sejawat, ataupun orang bawahan kita. Apabila kita cemerlang dalam melakukan kerja yang sepatutnya kita lakukan, kita mempunyai lebih banyak peluang bagi meninggalkan kesan yang baik dalam diri orang lain."

(Khuzaimah Sulaiman - Pengetua Cemerlang Jusa C)

TARIKH PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM 2012

Posted by Pendeta Guru Tuesday, December 6, 2011 0 comments

TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN 2012

Posted by Pendeta Guru Friday, October 14, 2011 0 comments



Takwim Penggal Persekolahan 2012

TIPS BELAJAR CEMERLANG

Posted by Pendeta Guru Friday, October 7, 2011 2 comments


1. N - Niat .... turun dari rumah tanamkan niat untuk belajar bersungguh-sungguh nescaya niat yang baik, baik balasannya
2. P - Pandang ... masuk kelas pandang tepat ke arah cikgu dan berikan penghormatan kepada cikgu, tunjukkan kesungguhan untuk belajar
3. D - Dengar ... dengar dengan hati yang ikhlas apa yang cikgu ajar di dalam kelas
4. T - Tanya ... tanya terus kepada cikgu bila ada sesuatu yang tidak difahami, jangan tunggu keesokkan hari kerana ingatan untuk ilmu hari itu akan kita lupa jika kita tidak membuat ulangkaji dalam masa 24 jam
5. T - Tulis ... bila dah faham apa yang cikgu ajar, tulislah apa yang difahami mengikut cara yang tersendiri
6. L - Latihan .... Buat latihan sebanyak mungkin

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Posted by Pendeta Guru Friday, September 30, 2011 0 comments


Zarudin, Azhar menangi pertandingan hias laman web, kenderaan


Ahli jawatan kuasa pemilihan bagi Pertandingan Sambutan Kemerdekaan menerusi perkhidmatan MMS memilih foto yang layak bergelar juara di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Mustafa Kamal Basri (dua dari kiri).



KUALA LUMPUR 27 Sept. - Paparan wajah sekumpulan kanak-kanak berlari riang sambil membawa Jalur Gemilang pada blognya telah menobatkan Zarudin Mansor sebagai pemenang utama Pertandingan Menghias Laman Web/Blog sempena Kempen Sayangi 1Malaysia dan Kibarkan Jalur Gemilang 2011.
Paparan imej pada muka hadapan blog Zarudin Photoblog (din-gallery.blogspot.com) ternyata telah mencuri perhatian panel juri pertandingan dan sekali gus membolehkan Zarudin dari Labuan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM3,000.
Menurut Pengerusi Koperasi Utusan Melayu Malaysia Berhad, Mustafa Kamal Basri, penganjur menerima sambutan menggalakkan daripada para peserta untuk pertandingan itu walaupun ia pertama kali dianjurkan.
"Kita menerima sebanyak 400 penyertaan untuk pertandingan hiasan laman web dan 150 penyertaan untuk menghias kenderaan," katanya pada majlis mengumumkan pemenang pertandingan itu dan juga pemenang pertandingan menghias kenderaan di sini, hari ini.
Tempat kedua untuk kategori menghias laman web dimenangi oleh Abdul Azim Abdul Halim dari Ayer Keroh, Melaka menerusi laman webnya Pixie Studio (www.pixiestudio.com.my) yang membolehkannya membawa pulang wang tunai RM2,000.
Manakala tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM1,000 dimenangi oleh Muhammad Hafiz Baharuddin dari Kangar, Perlis menerusi laman web Sibintang (www.sibintang.com).
Sementara itu, tiga pemenang saguhati iaitu Tuan Nor Sidiq Tuan Ludin (www.cdiqlife.com); Nurnabilah Sulaiman (princessnabilahartwork.blogspot.com) dan Nurhazirah Ahmad Sabri(hahazirah.blogspot.com) masing-masing menerima RM300.
Bagi kategori menghias kenderaan pula, tempat pertama dengan hadiah wang tunai RM1,500 dimenangi oleh Azhar Ali dari Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tempat kedua dengan hadiah wang tunai RM1,000 dimenangi oleh Mohammad Rosli Idris dari Putrajaya, manakala tempat ketiga, Nur Hasliza Misnan dari Klang, Selangor sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM500.
Lima pemenang saguhati dengan hadiah wang tunai RM100 setiap seorang turut dipilih.
Mereka ialah Sheh Abdulccader Jailanee Othman dari Alor Gajah, Melaka; S.Danam Moorthy (Bahau, Negeri Sembilan); Nur Najibah Ahmad (Batang Kali, Selangor); Muhd. Aiman Saidi (Seberang Prai) dan Khairul Anuar Norani dari Alor Gajah, Melaka
Kedua-dua pertandingan anjuran Koperasi Utusan Melayu Malaysia Berhad dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Utusan Online itu telah berlangsung mulai 1 Ogos hingga 18 September sempena sambutan Bulan Kemerdekaan.
Para pemenang akan dihubungi melalui panggilan telefon oleh urusetia penganjur dalam masa terdekat.

Cetakan, Semakan dan Pengesahan Pelaksanaan Modul

Posted by Pendeta Guru Wednesday, June 29, 2011 0 comments

Cetakan, Semakan dan Pengesahan Pelaksanaan Modul bagi pengesahan syarat penggredan MPV dan MPAV daripada sistem berikut:

Sistem Pengurusan Peperiksaan MPAV Versi 2.4
Sistem Pengurusan Peperiksaan MPV Versi 1.0
www.lpm.gov.my/mpv


Kelayakan penggredan berdasarkan syarat calon kompeten sekurang-kurangnya 30% daripada keseluruhan modul Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

Cetakan laporan daripada sistem hendaklah disahkan oleh pihak sekolah dan satu salinan dihantar kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia (u.p: Ketua Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Maklumat dan Prosesan Data)

Ini boleh dilakukan bermula 15 Ogos hingga 15 September 2011 (tertakluk pada pindaan)

Melarik Tapak Tiang Lampu Meja

Posted by Pendeta Guru Wednesday, June 15, 2011 0 comments







Modul B.E.S.T A

Posted by Pendeta Guru Thursday, June 2, 2011 0 comments


COMING SOON......

SELAMAT HARI GURU

Posted by Pendeta Guru Monday, May 16, 2011 0 comments





Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Profesor petah bersyarah
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini seorang Doktor pakar segala
Jika hari ini seorang Akauntan hebat kira-kira
Jika hari ini seorang Eksekutif syarikat ternama
Jika hari ini seorang Jurutera yang berjayaJika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca!


Terima Kasih Cikgu.......

KELAYAKAN PENDAFTARAN SPM MPV

Posted by Pendeta Guru Monday, April 11, 2011 0 comments

Semakan dan Pengesahan Kelayakan Pendaftaran Kertas Peperiksaan Bertulis SPM bagi mata pelajaran MPV dan MPAV boleh dibuat di laman web www.moe.gov.my/lpm bermula 25 April hingga 30 Mei 2011.


Kelayakan pendaftaran berdasarkan syarat calon kompeten sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan modul Tingkatan 4 atau yang setaraf dengannya di Tingkatan 5. 


Cetakan laporan daripada sistem hendaklah disahkan oleh pihak sekolah dan satu salinan dihantar kepada Lembaga Peperiksaan (u.p: Ketua Penolong Pengarah Unit Pengurusan Maklumat Dan Prosesan Data.

KEMASIAPAN

Posted by Pendeta Guru Wednesday, February 23, 2011 0 comments

Langkah-langkah kemasiapan


1. Membenam kepala paku
2. Menyumbat lubang dengan tepung penyumbat
3. Melelas dengan kertas las grid 150
4. Membuang habuk
5. Menyapu stain (pilihan)
6. Menyapu sealer (pilihan)
7. Melelas dengan kertas las grid 180
8. Membuang habuk
9. Menyapu lekar mengikut ira kayu pada pengudaraan yang baik
10.Melelas dengan kertas las grid 200
11.Menyapu lekar mengikut ira sehingga berkilat

| edit post

Wood filler and wood putty

Posted by Pendeta Guru 0 comments

Finishing-Staining

Posted by Pendeta Guru 0 comments


Finishing

Posted by Pendeta Guru 0 comments

| edit post

Sanding

Posted by Pendeta Guru 0 comments

Dovetails

Posted by Pendeta Guru 0 comments


Finding Centre

Posted by Pendeta Guru 0 comments

Mortise and Tenon Joint

Posted by Pendeta Guru 0 comments



Chisel sharpening

Posted by Pendeta Guru 0 comments




Peraturan Keselamatan Mesin Ketam Ketebalan

Posted by Pendeta Guru Sunday, February 20, 2011 0 comments


Peraturan Keselamatan

1. Memakai kasut
2. Memakai pelindung mata
3. Memakai penutup hidung
4. Melaras ketinggian mata ketam sebelum mengetam
5. Mengukur ketebalan kayu sebelum mengetam
6. Memeriksa paku sebelum mengetam kayu terpakai
7. Menolak benda kerja menggunakan kayu penolak secara perlahan-lahan semasa mengetam
8. Mengelakkan mengetam kayu yang pendek kurang daripada 350mm
9. Jauhkan jari dari mata ketam yang sedang bergerak
10.Kepingan kayu yang tidak sama tebal tidak boleh diketam bersama-sama kerana kepingan yang nipis boleh ditendang dengan kuat
11.Mata ketam hendaklah dijaga supaya sentiasa tajam dan bahagian yang bergerak dalam keadaan baik
12.Kepingan kayu yang menggeleding tidak boleh diketam sebelum ianya diketam dengan ketam pelurus sehingga rata pada sebelah muka


Peraturan Keselamatan

1. Memakai kasut
2. Memakai pelindung mata
3. Memakai penutup hidung
4. Memasang semua pengadang keselamatan
5. Gunakan kayu penolak untuk memotong kayu pendek
6. Matikan suis sebelum membuat sebarang pemasangan kerja baru
7. Semasa menggunakan mesin tumpukan sepenuh perhatian dan pastikan tangan tidak berdekatan dengan mata mesin
8. Gunakan mata gergaji yang tajam



Peraturan Keselamatan

1. Memakai kasut
2. Memakai pelindung mata
3. Memakai penutup hidung
4. Menggunakan mata gergaji yang tajam
5. Merancang tanda benda kerja sebelum dipotong
6. Memotong hanya sekeping papan pada satu masa
7. Matikan suis sebelum membuat sebarang pemasangan dan kerja lain
8. Pastikan mata gergaji dan pemasangan lain diketatkan dengan betul sebelum memulakan kerja
9. Laraskan mata dan pengadang pada kedudukan yang dihadkan untuk jenis kerja yang berlainan
10.Jaga mesin supaya bersih terutamanya pada gelangsar lengan dan permukaan meja
11.Tumpukan penuh perhatian dan pastikan tangan tidak dekat sangat pada mata gergaji yang sedang berputar


Peraturan Keselamatan

1. Memakai kasut
2. Memakai pelindung mata
3. Memakai penutup hidung
4. Menggunakan pahat larik yang tajam
5. Merancang tanda benda kerja sebelum dilarik
6. Offkan suis bekalan mesin sebelum memasang benda kerja pada bindu
7. Gunakan alat pengadang mata semasa membuat kerja melarik
8. Pasang benda kerja dengan kuat pada mesin supaya benda kerja tidak tercampak dari kawalan
9. Pegang pahat pelarik dengan kuat dalam kedudukan yang betul dan selesa

TAKWIM MSSM 2011

Posted by Pendeta Guru Tuesday, February 8, 2011 0 comments


TAKWIM MSSM 2011 -

SMART

Posted by Pendeta Guru Thursday, January 6, 2011 0 comments

SAYA MENGAMALKAN AKHLAK REMAJA TERPUJI
(SMART)

1. PENGENALAN
1.1 Satu usaha yang berterusan untuk melahirkan pelajar berilmu, berdisiplin, berakhlak mulia, berketrampilan serta mempunyai personality yang berwawasan dan berdaya saing pada masa depan.

1.2 Mewujudkan kesedaran di kalangan pelajar tentang tanggungjawab mereka bersama untuk menyediakan diri sebagai warganegara yang berjaya pada masa depan.

1.3 Membentuk satu mekanisme untuk membina kekuatan diri pelajar bagi mempertingkatkan kualiti sahsiah, akademik, kerohanian, kepimpinan dank o kurikulum serta pemupukan nilai dan amalan murni melalui sistem penilaian yang berterusan.

2. MATLAMAT
2.1 Mengenalpasti pelakuan-pelakuan negative yang dilakukan oleh pelajar dan melanggar peraturan disiplin sekolah.

2.2 Mengenalpasti pelajar-pelajar yang perlu mengikuti program-program pemulihan disiplin dan sesi bimbingan dan kaunseling untuk memperbaiki kualiti disiplin pelajar.

2.3 Untuk menyediakan satu pelaporan amalan/tingkahlaku pelajar secara komprehansif kepada ibu bapa/penjaga yang meliputi aspek sahsiah, kerohanian, akademik, sukan, ko-kurikulum dan kepimpinan selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.4 Usaha untuk mencegah pelajar melakukan pelakuan-pelakuan yang negative yang bertentangan dengan peraturan disiplin sekolah.

2.5 Untuk memberikan pengiktirafan dan motivasi kepada pelajar yang menunjukkan amalan serta kejayaan dalam aspek sahsiah, akademik, ko-kurikulum, sukan dan kepimpinan.

3. OBJEKTIF
3.1 Meningkatkan peratus lulus dalam PKS dan peperiksaan awam.

3.2 Meningkatkan peratus pelajar mendapat gred cemerlang dalam semua mata pelajaran dalam PKS dan peperiksaan awam.

3.3 Meningkatkan gred purata sekolah dalam PKS dan peperiksaan awam.

3.4 Mengurangkan peratus murid terlibat dalam salah laku disiplin kes berat, sederhana dan ringan.

3.5 Meningkatkan kehadiran murid ke sekolah.

3.6 Meningkatkan peratus murid terlibat dalam aktiviti sukan dank o-kurikulum peringkat sekolah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

3.7 Meningkatkan peratus murid memperolehi kejayaan dalam aktiviti sukan dan ko-kurikulum peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

3.8 Meningkatkan peratus murid memperolehi sekurang-kurangnya gred C dalam semua komponen ko-kurikulum dan sukan.

3.9 Meningkatkan peratus murid memperolehi gred A dalam semua komponen ko-kurikulum dan sukan.

3.10 Meningkatkan GPS sekolah dalam semua komponen ko-kurikulum dan sukan.

4. TEMA: AKHLAK DIJUNJUNG AKADEMIK DIJULANG

5. TEMPOH PERLAKSANAAN
Pelaksanaan sepanjang tahun mulai Januari hingga November 2011.


6. STRATEGIK PELAKSANAAN
6.1 Setiap pelajar akan diberi 100 point sebagai permulaan.

6.2 Setiap guru berhak menolak atau menambah point pelajar mengikut wajaran berdasarkan ketetapan pelakuan negatif atau positif.

• Penambahan atau penolakan point mesti disokong dengan saksi.

6.3 Berikut adalah senarai pelakuan positif pelajar (penambahan point) dan senarai pelakuan negatif pelajar (penolakan point).

Merit_Demerit -



DEMERIT -

7. Ganjaran

Bil.
Ganjaran
1
Hadiah Cabutan Mingguan
2
Baucer Bulanan
3
Kelas Terbaik Bulanan
4
Anugerah Khas Dwi Bulanan
5
Anugerah Khas Berprestij Tahunan
6
Paparan gambar pelajar penerima Anugerah Dwi Bulanan
7
Peluang terpilih Program Lawatan Pelajar
8
Penganugerahan Sijil Testimonid pelajar cemerlang

8. Hukuman

Bil.
Hukuman
Markah
1
Bimbingan guru kelas (mentor) dan guru m/pelajaran
90 markah
2
Dirujuk kepada kaunselor
80 ke bawah
3
Dirujuk kepada PK HEM/Ikrar Akujanji semasa perhimpunan
70 ke bawah
4
Panggilan Ibu bapa/surat amaran/program pemulihan/Membaca Ikrar Akujanji semasa perhimpunan
60 ke bawah
5
Biasiswa ditahan/dibekukan/ditarik balik/tidak dibenarkan mewakili sekolah
50 ke bawah
6
Gantung sekolah
40 ke bawah
7
Buang sekolah
30 ke bawah

9. Petunjuk Kejayaan

Bil.
Petunjuk Kejayaan
1
Peratus lulus peperiksaan dalam PKS/peperiksaan awam meningkat
2
Peratus pelajar memperolehi gred cemerlang meningkat dalam PKS/Peperiksaan Awam
3
GPS dalam PKS/peperiksaan awam meningkat
4
Peratus kehadiran murid ke sekolah meningkat
5
Peratus murid terlibat kes salah laku disiplin berat, sederhana dan ringan menurun
6
Peratus murid memperolehi Gred C dalam komponen sukan dan ko-kurikulum meningkat
7
Peratus murid memperolehi Gred A dalam komponen sukan dan ko-kurikulum meningkat
8
Peratus murid terlibat dalam aktiviti sukan dan kokurikulum Peringkat sekolah, Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa meningkat.
9
Peratus murid memperolehi tiga tempat teratas dalam aktiviti sukan dan kokurikulum peringkat Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa meningkat.
10
Peratus murid memperolehi anugerah khas dalam aktiviti sukan dan kokurikulum peringkat negeri dan kebangsaan meningkat.
11
Peratus murid member sumbangan dan membuat kerja sukarela untuk menjayakan program sekolah meningkat.

10. Implikasi & Sumber Kewangan

Bil.
Implikasi & Sumber Kewangan
1
3 set komputer
2
Buku & pamplet
3
Cenderahati
4
Anugerah dan hadiah
5
Lagu Tema
6
Papan carta kelas
7
Lencana
8
Sudut promosi
9
Banner
10
Kad Rekod Pencapaian Pelajar
11
Kad Merit/Demerit Pelajar (Fail Hardcover)
12
Testimonial
13
Pendokumentasian


Search This Blog

Waktu Solat

Chat

Recent Post

KLIK UNTUK JANA PENDAPATAN