Waktu

Kalendar

Followers

Info

IP

Visitor

---------------SAMA-SAMA JANA PENDAPATAN---------




Blog membuat perabot ini merupakan titik permulaan ke arah profesionalisme Guru Cemerlang....Blog ini bertujuan memberi pendedahan kepada saya sendiri untuk maju ke arah dunia pendidikan yang lebih moden dan global. Ia akan dapat membantu saya berhubung dengan rakan-rakan sejawat di seluruh Malaysia. Blog ini juga mampu memberi pengajaran dan pembelajaran kepada semua murid yang mengambil bidang membuat perabot sama ada di sekolah saya sendiri mahu pun di seluruh Malaysia.

KERTAS MEMBUAT PERABOT SPM 2010

Posted by Dean Mansor Saturday, December 18, 2010 0 comments

GOOD LUCK & ALL THE BEST


Kepada murid-murid yang mengambil kertas membuat perabot SPM 2010, cikgu ingin mengucapkan selamat menjawab dan semoga kecemerlangan milik kamu semua. Berusahalah sebaik mungkin dan bertawakkal la dengan Allah s.w.t untuk kejayaan kamu. Cikgu sentiasa berdoa untuk kejayaan kamu semua semoga kamu menjadi insan yang cemerlang.

SELAMAT MENJAWAB & GOOD LUCK

| edit post

Contoh Soalan Pengiraan Kos

Posted by Dean Mansor Thursday, December 16, 2010 0 comments

Kos Bahan Bagi Satu Unit Meja Tulis.

Bil
Bahan
Kuantiti
Harga (RM)
1
Engsel muka tumpu 50 mm panjang
2 keping
2.00
2
Papan lapis 6 mm X 450 mm X 600 mm
1 keping
5.00
3
Kayu meranti 20 mm X 120 mm X 1140 mm
1 keping
5.00
4
Kayu meranti 15 mm X 120 mm X 1140 mm
1 keping
10.00
5
Kayu meranti 20 mm X 200 mm X 600 mm
2 keping
1.00
6
Skru Philip kepala benam G6 X 12 mm
12 keping
2.00


      Anda telah menerima tempahan untuk menyiapkan 100 unit meja tulis. Dengan merujuk jadual diatas, Hitungkan :
        [Skor 10]

a)      Kos bahan mentah bagi semua projek yang di tempah
b)      Kos upah bagi semua projek yang ditempah, sekiranya anda mengambil masa tiga jam bagi menyiapkan satu unit projek dengan kadar upah RM 5.00/jam.
c)      Kos pengeluaran bagi semua projek yang ditempah sekiranya jumlah kos sampingan ialah RM 500.00
d)   Kira keuntungan seunit sekiranya anda menjual meja tulis tersebut dengan harga RM55.00 seunit.

Contoh Jawapan

a) RM2 + RM5 + RM5 + RM10 + RM1 + RM2
    = RM25 satu unit
       100 unit = RM25 x 100
                    = RM2,500.00

b) 3 Jam = satu unit 
    RM5 satu jam
    Satu Unit = RM5 x 3 jam
                   = RM15 upah seunit
    Upah 100 Unit = RM15 x 100
                           = RM1,500.00

c) Kos Pengeluaran = Kos Bahan + Kos Upah + Kos Sampingan
                               = RM2,500.00 + RM1,500.00 + RM500.00
                               = RM4,500.00

d) Keuntungan seunit = Harga Jualan Seunit - Kos Pengeluaran Seunit
                                 = RM55.00 - (RM4,500.00/100)
                                 = RM55.00 - RM45.00
                                 = RM10.00 seunit

| edit post

Ulangkaji MPV Membuat Perabot

Posted by Dean Mansor Wednesday, December 1, 2010 0 comments

Bahagian C


Bahagian C mengandungi 2 soalan yang memperuntukkan jumlah markah 20. Bahagian C adalah bahagian yang sukar kerana murid memerlukan idea sendiri untuk menjawab bahagian ini ditambah dengan sedikit pengalaman di dalam bengkel dan pembuatan folio rekabentuk.

Soalan 1


Soalan 1 adalah mengenai rekabentuk perabot menggunakan idea sendiri mengikut kehendak soalan. Contoh: membina rak serbaguna yang sesuai ditempatkan di ruang tamu. Murid-murid boleh menggunakan idea sendiri untuk menghasilkan perabot ini. Murid-murid perlu melukis dengan kemas dan dalam isometrik.

Soalan 2


Soalan 2 adalah mengenai pemasaran di dalam keusahawanan. Contoh; cadangkan tindakan untuk mengatasi masalah kemerosotan perniagaan berpunca dari strategi pemasaran yang tidak berkesan.

Contoh Jawapan

Bagi mengatasi masalah kemerosotan perniagaan berpunca dari strategi pemasaran yang tidak berkesan, kita perlu melihat unsur-unsur pemasaran itu sendiri;

Unsur Pemasaran
a. Keluaran - menentukan jenis keluaran yang dapat diterima oleh Pengguna meliputi rekabentuk, warna, pembungkusan, jenama, jaminan pengeluar dan kualiti.

b. Harga - menentukan harga yang berpatutan

c. Agihan - menentukan saluran agihan yang sesuai bagi keluarannya supaya sampai kepada pengguna akhir

d. Promosi - mengadakan strategi untuk mempromosikan barangan keluarannya seperti
                    a) pengiklanan - melalui media massa dan akhbar
                    b) jualan langsung - promosi terus dari rumah ke rumah
                    c) promosi jualan - melibatkan demonstrasi
                    d) publisiti - penyampaian maklumat dlm bentuk berita atau buat brochur


SELAMAT MENJAWAB DAN SEMOGA CEMERLANG

| edit post

Bahagian B


Bahagian B mengandungi 3 soalan berjumlah 30 markah. Setiap soalan memberi markah 10. Bahagian B adalah aplikasi dari kerja-kerja di dalam bengkel.

Soalan 1


Soalan 1 adalah mengenai pembinaan perabot selain dari modul tetapi masih sama langkah-langkah kerjanya. Contoh:- membina tempat duduk kerusi -huraikan jawapan berpandukan langkah-langkah di bawah;

a) meyediakan bahan dan alatan
b) membina tempat duduk
c) memasang tempat duduk

Soalan 2


Soalan 2 mengenai baikpulih perabot iaitu modul 9 dalam modul pentaksiran. Terangkan langkah-langkah membaik pulih perabot; (huraikan berpandukan langkah-langkah di bawah;)

a) menyediakan bahan dan alatan
b) memeriksa bahagian yang rosak
c) membina bahagian yang rosak
d) memasang
e) membuat kemasan

Soalan 3


Soalan 3 mengenai kos pengeluaran di dalam pembuatan perabot - modul 10 (keusahawanan)

Kos Pengeluaran = kos bahan + kos upah + kos sampingan
Keuntungan seunit = Harga jualan seunit - kos pengeluaran seunit

| edit post


Murid-murid yang mengambil SPM-MPV Membuat Perabot.....

Kertas MPV Membuat Perabot (7102/1) mengandungi 3 Bahagian A, B dan C.
Mengandungi 15 soalan. 10 Soalan Bahagian A, 5 Soalan Bahagian B dan 3 Soalan Bahagian C.
Murid-murid mesti menjawab semua soalan. Bahagian A (50 markah) 5 markah setiap soalan, Bahagian B (30 markah) 10 markah setiap soalan dan Bahagian C (20 markah) 10 markah setiap soalan.

Bahagian A

Bagi Bahagian A, semua soalan adalah berdasarkan pengalaman membina modul di dalam bengkel.

Soalan 1

Soalan 1 adalah mengenai peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan ketika menggunakan mesin di dalam bengkel. Murid-murid mesti menguasai peraturan-peraturan ketika menggunakan mesin-mesin seperti:-

a) mesin radial arm saw
b) mesin gergaji piring
c) mesin jointer
d) mesin larik
e) mesin gerudi meja
f) mesin thicknesser
g) mesin gergaji jig

Murid-murid masih ada masa lagi untuk membuat nota-nota ringkas mengenai mesin-mesin tersebut.

Soalan 2 & Soalan 3

Soalan 2 dan Soalan 3 adalah mengenai lakaran tanggam dan lukisan ortografik. Ingat lukisan pandangan atas, hadapan dan sisi. Murid-murid mesti mengetahui tanggam-tanggam yang digunakan dalam pembuatan modul. Murid-murid mesti membuat lakaran tanggam dengan kemas. Untuk ulangkaji cikgu ingatkan semula tanggam-tanggam yang digunakan dalam pembuatan modul:-

Modul 1 - Penyangkut Baju
a) tanggam lubang dan puting 
b) tanggam penetap
c) tanggam temu

Modul 2 - Meja Serbaguna
a) tanggam lubang dan puting berbahu sebelah
b) tanggam temu

Modul 3 - Meja Tulis
a) tanggam lubang dan puting berjanjang
b) tanggam temu
c) tanggam lubang dan puting berbahu kembar
d) tanggam parit

Modul 4 - Rak Pamer
a) tanggam bajang tembus
b) tanggam temu

Modul 5 - Tiang Lampu Berlarik
a) tanggam temu

Modul 6 - Kerusi
a) tanggam lubang dan puting terhenti
b) tanggam lubang dan puting berbahu sebelah

Modul 7 - Rak Kasut
a) tanggam parit - laci
b) tanggam lubang dan puting - pemidang tegak
c) tanggam lekap - rak
d) tanggam temu - kotak laci

Modul 8 - Almari Sisi
a) tanggam lubang dan puting - pintu
b) tanggam parit - laci
c) tanggam temu - dinding

Murid-murid boleh melihat nota-nota mengenai tanggam dalam bahan pnp dalam blog....

Soalan 4

Soalan 4 adalah mengenai kerja-kerja penyenggaraan alat tangan ataupun mesin mudah alih. Cuba lihat nota pnp bahagian penyelenggaraan alat tangan seperti pahat dan mata ketam dan mesin mudah alih seperti gergaji jig.

Soalan 5

Soalan 5 adalah tentang penggunaan alatan tangan mengikut kesesuaian langkah kerja dalam pembuatan perabot dan tanggam. Contoh: memotong puting tanggam - alat yang digunakan gergaji puting 

Soalan 6

Soalan 6 adalah mengenai langkah-langkah dalam menyediakan kayu untuk kerja-kerja membuat perabot.

Soalan 7

Soalan 7 adalah mengenai langkah-langkah kerja membina modul. Contoh: mengukur bahan

Soalan 8

Soalan 8 adalah mengenai langkah-langkah kerja memasang modul. Contoh: memasang engsel pintu

Soalan 9

Soalan 9 adalah mengenai langkah-langkah kerja memasang bahagian modul. Contoh: memasang tanggam

Soalan 10

Soalan 10 adalah mengenai langkah kerja-kerja kemasan modul:-
a) membenam kepala paku
b) menyumbat tepung penyumbat
c) melelas dengan kertas las
d) membuang habuk
e) menyapu syelek selari ira kayu
f) melelas dengan kertas las halus selepas lapisan pertama kering
g) membuang habuk
h) menyapu syelek sehingga berkilat

| edit post

Modul Kecemerlangan

Posted by Dean Mansor Wednesday, November 10, 2010 0 comments

Modul Kecemerlangan



Murid-murid tingkatan 5 Berlian yang mengambil MPV Perabot sedang tekun menjawab modul kecemerlangan yang dibuat khas untuk mencapai kecemerlangan dalam SPM 2010. Agar murid-murid ini tidak mengabaikan harapan guru untuk melihat kejayaan masing-masing. Ini adalah usaha terakhir guru untuk subjek membuat perabot ini. Selebihnya adalah usaha murid-murid semua. Guru tidak dapat lagi membantu sekiranya usaha dan penat lelah guru diabaikan begitu sahaja. Tidak ada seorang guru pun hendak melihat kegagalan anak didik mereka. Semua ingin melihat kejayaan anak didik mereka. Jangan sia-siakan harapan guru dan ibu bapa masing-masing. Jadilah seseorang yang boleh memberi impak kepada pembangunan ekonomi negara.

| edit post

Modul 5

Posted by Dean Mansor 0 comments

Tiang Lampu Berlarik



Murid-murid tingkatan 4 sedang tekun menyiapkan tiang larik untuk modul 5 iaitu tiang lampu berlarik. Ini merupakan salah satu modul yang dinilai dalam pentaksiran modular. Alhamdulillah semua murid dapat menyiapkan tiang larik tersebut walaupun menggunakan mesin yang daif. Mesin ini digunakan untuk melarik tiang sahaja dan untuk melarik piring tidak dapat disiapkan kerana tiada bindu untuk melarik tapak. Tapak di buat secara manual sahaja dengan menggunakan gergaji jig. Inilah hasil daripada larikan tangan murid-murid mpv membuat perabot.



1 Malaysia Green, 1 Malaysia Clean

Posted by Dean Mansor Friday, November 5, 2010 0 comments

Tarikh: 5 November 2010
Masa: 7.30 pg - 9.30 pg
Tempat: Taman Transformasi, SMK Pantai
Peserta: Murid-murid Tingkatan 3





Program ini bertujuan untuk penghijauan bumi....semua berjalan dengan lancar dengan kerjasama murid-murid tingkatan 3, guru-guru yang terlibat serta kerjasama Kelab Pelancongan sekolah.

MPV Membuat Perabot

Posted by Dean Mansor Thursday, October 14, 2010 0 comments


Membuat perabot adalah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah atas dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Mata pelajaran ini digubal untuk membolehkan murid mereka bentuk, membuat dan membaik pulih perabot. Penggubalan mata pelajaran ini merupakan usaha Kementerian Pelajaran ke arah mempertingkatkan kemahiran praktis dan menanam semangat keusahawanan di kalangan murid dalam industri pembuatan.


Dalam mata pelajaran ini, murid menguasai kemahiran menghasilkan perabot melalui projek sepanjang pembelajaran selama 2 tahun. Antara produk yang dihasilkan ialah kerusi, rak kasut, meja tulis, meja serbaguna, almari sisi, rak pamer dan sebagainya. Murid dapat menjana idea dalam mereka bentuk dan menghasilkan perabot dengan merujuk kepada majalah, buku dan internet.


Di samping menghasil dan membaik pulih perabot, murid juga memperolehi kemahiran dalam penggunaan, penyenggaraan alat tangan dan mesin serta penghasilan pelbagai jenis tanggam. Mata pelajaran ini dirancang khas untuk murid yang mempunyai minat dan kecenderungan dalam membuat perabot. Peluang kerjaya yang boleh diceburi oleh murid termasuk mengusahakan perniagaan sendiri atau bekerja di industri pembuatan perabot. 








| edit post


Matlamat mata pelajaran Membuat Perabot adalah untuk melahirkan murid yang berkemahiran mereka bentuk, membuat dan membaik pulih perabot dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja mahir di industri pembuatan perabot.

Objektif Program MPV Membuat Perabot


Kurikulum Membuat Perabot adalah untuk membolehkan murid :

1. Membuat perabot mengikut lukisan projek

2. Melakar dan mentafsir lukisan projek

3. Mengenal pasti dan menyediakan bahan kerja perabot

4. Menggunakan dan menyenggara alatan dan mesin kerja perabot

5. Membuat kerja kemasan

6. Mereka bentuk dan menghasilkan perabot rekaan sendiri serta membuat anggaran kos

7. Mengamalkan peraturan keselamatan dan etika kerja

8. Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah dan berkomunikasi dengan berkesan.

Pentaksiran Kompetensi

Posted by Dean Mansor 0 comments

Satu proses untuk mendapatkan evidens dan seterusnya membuat penghakiman tentang tahap kompetensi murid dalam melakukan sesuatu tugasan berdasarkan standard yang telah ditetapkan. Kompetensi juga sebagai satu unit tugasan yang mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam menggunakan alat, mesin, bahan dan teknik tertentu untuk menyempurnakan tugas yang berkaitan dengan sesuatu modul.

| edit post

Tarikh: 2 Nov 2010
Masa: 8.20 Pg - 10.20 Pg
Tempat: Bilik Mesyuarat

Sasaran: Murid-Murid 5 Berlian








Kursus ini memberi pendedahan kepada murid tentang teknik-teknik lakaran dalam rekabentuk untuk menjawab soalan-soalan membuat perabot. Kursus ini juga memberi pendedahan kepada murid-murid cara-cara menjawab soalan membuat perabot dengan baik. Kursus ini telah berjaya dibuat dan jutaan terima kasih untuk Cikgu Nazrin Ismail dari SMK Labuan.

| edit post

Search This Blog

Waktu Solat

Chat

Recent Post

KLIK UNTUK JANA PENDAPATAN