Waktu

Kalendar

Followers

Info

IP

Visitor

---------------SAMA-SAMA JANA PENDAPATAN---------




Blog membuat perabot ini merupakan titik permulaan ke arah profesionalisme Guru Cemerlang....Blog ini bertujuan memberi pendedahan kepada saya sendiri untuk maju ke arah dunia pendidikan yang lebih moden dan global. Ia akan dapat membantu saya berhubung dengan rakan-rakan sejawat di seluruh Malaysia. Blog ini juga mampu memberi pengajaran dan pembelajaran kepada semua murid yang mengambil bidang membuat perabot sama ada di sekolah saya sendiri mahu pun di seluruh Malaysia.

SMART

Posted by Dean Mansor Thursday, January 6, 2011 0 comments

SAYA MENGAMALKAN AKHLAK REMAJA TERPUJI
(SMART)

1. PENGENALAN
1.1 Satu usaha yang berterusan untuk melahirkan pelajar berilmu, berdisiplin, berakhlak mulia, berketrampilan serta mempunyai personality yang berwawasan dan berdaya saing pada masa depan.

1.2 Mewujudkan kesedaran di kalangan pelajar tentang tanggungjawab mereka bersama untuk menyediakan diri sebagai warganegara yang berjaya pada masa depan.

1.3 Membentuk satu mekanisme untuk membina kekuatan diri pelajar bagi mempertingkatkan kualiti sahsiah, akademik, kerohanian, kepimpinan dank o kurikulum serta pemupukan nilai dan amalan murni melalui sistem penilaian yang berterusan.

2. MATLAMAT
2.1 Mengenalpasti pelakuan-pelakuan negative yang dilakukan oleh pelajar dan melanggar peraturan disiplin sekolah.

2.2 Mengenalpasti pelajar-pelajar yang perlu mengikuti program-program pemulihan disiplin dan sesi bimbingan dan kaunseling untuk memperbaiki kualiti disiplin pelajar.

2.3 Untuk menyediakan satu pelaporan amalan/tingkahlaku pelajar secara komprehansif kepada ibu bapa/penjaga yang meliputi aspek sahsiah, kerohanian, akademik, sukan, ko-kurikulum dan kepimpinan selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.4 Usaha untuk mencegah pelajar melakukan pelakuan-pelakuan yang negative yang bertentangan dengan peraturan disiplin sekolah.

2.5 Untuk memberikan pengiktirafan dan motivasi kepada pelajar yang menunjukkan amalan serta kejayaan dalam aspek sahsiah, akademik, ko-kurikulum, sukan dan kepimpinan.

3. OBJEKTIF
3.1 Meningkatkan peratus lulus dalam PKS dan peperiksaan awam.

3.2 Meningkatkan peratus pelajar mendapat gred cemerlang dalam semua mata pelajaran dalam PKS dan peperiksaan awam.

3.3 Meningkatkan gred purata sekolah dalam PKS dan peperiksaan awam.

3.4 Mengurangkan peratus murid terlibat dalam salah laku disiplin kes berat, sederhana dan ringan.

3.5 Meningkatkan kehadiran murid ke sekolah.

3.6 Meningkatkan peratus murid terlibat dalam aktiviti sukan dank o-kurikulum peringkat sekolah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

3.7 Meningkatkan peratus murid memperolehi kejayaan dalam aktiviti sukan dan ko-kurikulum peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

3.8 Meningkatkan peratus murid memperolehi sekurang-kurangnya gred C dalam semua komponen ko-kurikulum dan sukan.

3.9 Meningkatkan peratus murid memperolehi gred A dalam semua komponen ko-kurikulum dan sukan.

3.10 Meningkatkan GPS sekolah dalam semua komponen ko-kurikulum dan sukan.

4. TEMA: AKHLAK DIJUNJUNG AKADEMIK DIJULANG

5. TEMPOH PERLAKSANAAN
Pelaksanaan sepanjang tahun mulai Januari hingga November 2011.


6. STRATEGIK PELAKSANAAN
6.1 Setiap pelajar akan diberi 100 point sebagai permulaan.

6.2 Setiap guru berhak menolak atau menambah point pelajar mengikut wajaran berdasarkan ketetapan pelakuan negatif atau positif.

• Penambahan atau penolakan point mesti disokong dengan saksi.

6.3 Berikut adalah senarai pelakuan positif pelajar (penambahan point) dan senarai pelakuan negatif pelajar (penolakan point).

Merit_Demerit -



DEMERIT -

7. Ganjaran

Bil.
Ganjaran
1
Hadiah Cabutan Mingguan
2
Baucer Bulanan
3
Kelas Terbaik Bulanan
4
Anugerah Khas Dwi Bulanan
5
Anugerah Khas Berprestij Tahunan
6
Paparan gambar pelajar penerima Anugerah Dwi Bulanan
7
Peluang terpilih Program Lawatan Pelajar
8
Penganugerahan Sijil Testimonid pelajar cemerlang

8. Hukuman

Bil.
Hukuman
Markah
1
Bimbingan guru kelas (mentor) dan guru m/pelajaran
90 markah
2
Dirujuk kepada kaunselor
80 ke bawah
3
Dirujuk kepada PK HEM/Ikrar Akujanji semasa perhimpunan
70 ke bawah
4
Panggilan Ibu bapa/surat amaran/program pemulihan/Membaca Ikrar Akujanji semasa perhimpunan
60 ke bawah
5
Biasiswa ditahan/dibekukan/ditarik balik/tidak dibenarkan mewakili sekolah
50 ke bawah
6
Gantung sekolah
40 ke bawah
7
Buang sekolah
30 ke bawah

9. Petunjuk Kejayaan

Bil.
Petunjuk Kejayaan
1
Peratus lulus peperiksaan dalam PKS/peperiksaan awam meningkat
2
Peratus pelajar memperolehi gred cemerlang meningkat dalam PKS/Peperiksaan Awam
3
GPS dalam PKS/peperiksaan awam meningkat
4
Peratus kehadiran murid ke sekolah meningkat
5
Peratus murid terlibat kes salah laku disiplin berat, sederhana dan ringan menurun
6
Peratus murid memperolehi Gred C dalam komponen sukan dan ko-kurikulum meningkat
7
Peratus murid memperolehi Gred A dalam komponen sukan dan ko-kurikulum meningkat
8
Peratus murid terlibat dalam aktiviti sukan dan kokurikulum Peringkat sekolah, Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa meningkat.
9
Peratus murid memperolehi tiga tempat teratas dalam aktiviti sukan dan kokurikulum peringkat Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa meningkat.
10
Peratus murid memperolehi anugerah khas dalam aktiviti sukan dan kokurikulum peringkat negeri dan kebangsaan meningkat.
11
Peratus murid member sumbangan dan membuat kerja sukarela untuk menjayakan program sekolah meningkat.

10. Implikasi & Sumber Kewangan

Bil.
Implikasi & Sumber Kewangan
1
3 set komputer
2
Buku & pamplet
3
Cenderahati
4
Anugerah dan hadiah
5
Lagu Tema
6
Papan carta kelas
7
Lencana
8
Sudut promosi
9
Banner
10
Kad Rekod Pencapaian Pelajar
11
Kad Merit/Demerit Pelajar (Fail Hardcover)
12
Testimonial
13
Pendokumentasian


Hari Pertama Persekolahan 2011

Posted by Dean Mansor Tuesday, January 4, 2011 0 comments

Kelas: 5 Berlian
Masa : 10.40-2.00
Tajuk: Modul 7 (Kerusi)
Sub Tajuk: Mentafsir Lukisan Projek

Di hari pertama persekolahan, semua murid 5 Berlian hadir ke sekolah pada hari ini. P&P berjalan seperti biasa dengan modul 7 iaitu membina kerusi. Pada hari ini, ada murid yang sudah bersedia dan ada juga yang masih dalam mood cuti. Pada hari ini P&P berkisar mengenai tafsiran lukisan projek. Murid-murid dikehendaki menyenaraikan komponen-komponen yang ada pada kerusi. Selepas menyenaraikan komponen-komponen, murid-murid dikehendaki melakar komponen-komponen tersebut. Ini bertujuan untuk memahirkan murid-murid dengan rekabentuk kerusi tersebut. Selain komponen, murid-murid juga dikehendaki melakar tanggam-tanggam yang digunakan dalam pembinaan kerusi ini. Selesai P&P pada hari ini, kebanyakkan semua murid telah siap melakar komponen-komponen kerusi.





| edit post

Search This Blog

Waktu Solat

Chat

Recent Post

KLIK UNTUK JANA PENDAPATAN