Waktu

Kalendar

Followers

There was an error in this gadget

Info

IP

Visitor

---------------SAMA-SAMA JANA PENDAPATAN---------




Blog membuat perabot ini merupakan titik permulaan ke arah profesionalisme Guru Cemerlang....Blog ini bertujuan memberi pendedahan kepada saya sendiri untuk maju ke arah dunia pendidikan yang lebih moden dan global. Ia akan dapat membantu saya berhubung dengan rakan-rakan sejawat di seluruh Malaysia. Blog ini juga mampu memberi pengajaran dan pembelajaran kepada semua murid yang mengambil bidang membuat perabot sama ada di sekolah saya sendiri mahu pun di seluruh Malaysia.

Ulangkaji MPV Membuat Perabot

Posted by Pendeta Guru Wednesday, December 1, 2010


Murid-murid yang mengambil SPM-MPV Membuat Perabot.....

Kertas MPV Membuat Perabot (7102/1) mengandungi 3 Bahagian A, B dan C.
Mengandungi 15 soalan. 10 Soalan Bahagian A, 5 Soalan Bahagian B dan 3 Soalan Bahagian C.
Murid-murid mesti menjawab semua soalan. Bahagian A (50 markah) 5 markah setiap soalan, Bahagian B (30 markah) 10 markah setiap soalan dan Bahagian C (20 markah) 10 markah setiap soalan.

Bahagian A

Bagi Bahagian A, semua soalan adalah berdasarkan pengalaman membina modul di dalam bengkel.

Soalan 1

Soalan 1 adalah mengenai peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan ketika menggunakan mesin di dalam bengkel. Murid-murid mesti menguasai peraturan-peraturan ketika menggunakan mesin-mesin seperti:-

a) mesin radial arm saw
b) mesin gergaji piring
c) mesin jointer
d) mesin larik
e) mesin gerudi meja
f) mesin thicknesser
g) mesin gergaji jig

Murid-murid masih ada masa lagi untuk membuat nota-nota ringkas mengenai mesin-mesin tersebut.

Soalan 2 & Soalan 3

Soalan 2 dan Soalan 3 adalah mengenai lakaran tanggam dan lukisan ortografik. Ingat lukisan pandangan atas, hadapan dan sisi. Murid-murid mesti mengetahui tanggam-tanggam yang digunakan dalam pembuatan modul. Murid-murid mesti membuat lakaran tanggam dengan kemas. Untuk ulangkaji cikgu ingatkan semula tanggam-tanggam yang digunakan dalam pembuatan modul:-

Modul 1 - Penyangkut Baju
a) tanggam lubang dan puting 
b) tanggam penetap
c) tanggam temu

Modul 2 - Meja Serbaguna
a) tanggam lubang dan puting berbahu sebelah
b) tanggam temu

Modul 3 - Meja Tulis
a) tanggam lubang dan puting berjanjang
b) tanggam temu
c) tanggam lubang dan puting berbahu kembar
d) tanggam parit

Modul 4 - Rak Pamer
a) tanggam bajang tembus
b) tanggam temu

Modul 5 - Tiang Lampu Berlarik
a) tanggam temu

Modul 6 - Kerusi
a) tanggam lubang dan puting terhenti
b) tanggam lubang dan puting berbahu sebelah

Modul 7 - Rak Kasut
a) tanggam parit - laci
b) tanggam lubang dan puting - pemidang tegak
c) tanggam lekap - rak
d) tanggam temu - kotak laci

Modul 8 - Almari Sisi
a) tanggam lubang dan puting - pintu
b) tanggam parit - laci
c) tanggam temu - dinding

Murid-murid boleh melihat nota-nota mengenai tanggam dalam bahan pnp dalam blog....

Soalan 4

Soalan 4 adalah mengenai kerja-kerja penyenggaraan alat tangan ataupun mesin mudah alih. Cuba lihat nota pnp bahagian penyelenggaraan alat tangan seperti pahat dan mata ketam dan mesin mudah alih seperti gergaji jig.

Soalan 5

Soalan 5 adalah tentang penggunaan alatan tangan mengikut kesesuaian langkah kerja dalam pembuatan perabot dan tanggam. Contoh: memotong puting tanggam - alat yang digunakan gergaji puting 

Soalan 6

Soalan 6 adalah mengenai langkah-langkah dalam menyediakan kayu untuk kerja-kerja membuat perabot.

Soalan 7

Soalan 7 adalah mengenai langkah-langkah kerja membina modul. Contoh: mengukur bahan

Soalan 8

Soalan 8 adalah mengenai langkah-langkah kerja memasang modul. Contoh: memasang engsel pintu

Soalan 9

Soalan 9 adalah mengenai langkah-langkah kerja memasang bahagian modul. Contoh: memasang tanggam

Soalan 10

Soalan 10 adalah mengenai langkah kerja-kerja kemasan modul:-
a) membenam kepala paku
b) menyumbat tepung penyumbat
c) melelas dengan kertas las
d) membuang habuk
e) menyapu syelek selari ira kayu
f) melelas dengan kertas las halus selepas lapisan pertama kering
g) membuang habuk
h) menyapu syelek sehingga berkilat

0 comments

Post a Comment

Search This Blog

Waktu Solat

Chat

Recent Post

KLIK UNTUK JANA PENDAPATAN