Modul Kecemerlangan
Murid-murid tingkatan 5 Berlian yang mengambil MPV Perabot sedang tekun menjawab modul kecemerlangan yang dibuat khas untuk mencapai kecemerlangan dalam SPM 2010. Agar murid-murid ini tidak mengabaikan harapan guru untuk melihat kejayaan masing-masing. Ini adalah usaha terakhir guru untuk subjek membuat perabot ini. Selebihnya adalah usaha murid-murid semua. Guru tidak dapat lagi membantu sekiranya usaha dan penat lelah guru diabaikan begitu sahaja. Tidak ada seorang guru pun hendak melihat kegagalan anak didik mereka. Semua ingin melihat kejayaan anak didik mereka. Jangan sia-siakan harapan guru dan ibu bapa masing-masing. Jadilah seseorang yang boleh memberi impak kepada pembangunan ekonomi negara.