Waktu

Kalendar

Followers

Info

IP

Visitor

---------------SAMA-SAMA JANA PENDAPATAN---------




Blog membuat perabot ini merupakan titik permulaan ke arah profesionalisme Guru Cemerlang....Blog ini bertujuan memberi pendedahan kepada saya sendiri untuk maju ke arah dunia pendidikan yang lebih moden dan global. Ia akan dapat membantu saya berhubung dengan rakan-rakan sejawat di seluruh Malaysia. Blog ini juga mampu memberi pengajaran dan pembelajaran kepada semua murid yang mengambil bidang membuat perabot sama ada di sekolah saya sendiri mahu pun di seluruh Malaysia.

2020 Tahun penuh cabaran

Posted by Dean Mansor Tuesday, December 15, 2020 0 comments

| edit post

Penggal Persekolahan 2013

Posted by Dean Mansor Wednesday, October 17, 2012 0 comments

Penggal Persekolahan 2013 -

| edit post

KELAYAKAN PENDAFTARAN SPM MPV

Posted by Dean Mansor Thursday, May 10, 2012 0 comments

MAKLUMAN KEPADA GURU-GURU MPV


Semakan dan Pengesahan Kelayakan Pendaftaran Kertas Peperiksaan Bertulis SPM bagi mata pelajaran MPV dan MPAV boleh dibuat di laman web http://lp.moe.gov.my/mpv/ bermula 14 Mei hingga 29 Jun 2012.


Kelayakan pendaftaran berdasarkan syarat calon kompeten sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan modul Tingkatan 4 atau yang setaraf dengannya di Tingkatan 5. 



Guru Pemimpin 360 Darjah

Posted by Dean Mansor Saturday, December 17, 2011 0 comments

Prinsip LEAD UP 2:


Ringankan Beban Kerja Bos
Walaupun bos mungkin serba tahu, tetapi bagi serba boleh mungkin agak sukar, lebih-lebih lagi kerana banyaknya tugas yang perlu diurus dan diselesaikan. Sebagai seorang bawahan, sekiranya kita dapat meringankan beban kerja bos, kita tentu antara staf yang berjaya memenangi hati bos.

Prinsip LEAD UP 3:


Sanggup Melakukan Kerja yang Orang Lain Enggan Melakukannya
Ada orang berkira atau memilih tugas yang disukainya sahaja yang ingin dilakukannya. Ada juga yang tanpa segan silu menolak tugas yang tidak disukai atau yang sukar dilakukan. Orang yang berkira sebegini, sampai bilapun sukar memenangi hati bos.

Prinsip LEAD UP 4:


Jangan Urus Sahaja - Pimpin!
Petikan dari buku Maxwell dalam Pemimpin 360 Darjah edisi bahasa Melayu "Ada seseorang yang menyatakan, pengurus adalah golongan yang perlu melakukan tugas dengan betul dan tepat, sementara pemimpin adalah golongan yang perlu melakukan perkara yang betul. Maknanya, pemimpin bertanggungjawab memastikan perkara yang betul dilaksanakan supaya organisasi dapat terus berkembang maju....".

Prinsip LEAD UP 5:


Memupuk Hubungan yang Serasi
Maxwell ada menjelaskan dalam bukunya edisi bahasa Melayu, "Sebagai Pemimpin 360 Darjah, kita perlu berusaha berhubung dengan orang yang kita pimpin dan orang yang memimpin kita. Sekiranya kita mahu memimpin pegawai atasan, kita perlu mengambil tanggungjawab berhubung dengan ketua kita."

Prinsip LEAD UP 6:


Bersedia Setiap Kali Berdepan dengan Pemimpin
Kita perlu menghargai masa ketua, kerana itu kita perlu benar-benar bersedia setiap kali bertemu dengan mereka. Menurut Gibbons, "Salah satu cara terbaik menjimatkan masa adalah dengan berfikir dan merancang terlebih awal, berfikir selama lima minit sering menjimatkan masa berkerja selama sejam."

Prinsip LEAD UP 7:


Mengetahui bila Perlu Mendesak dan bila Perlu Mengalah
"Semasa bermesyuarat dengan bos, perhatikan cara kita menyampaikan pandangan. Adakah kita menyatakan dengan jelas, yang dapat disumbangkan kepada perkara yang dibincangkan? Ataupun adakah kita mengulang-ulangnya dengan harapan kita akan 'menang'?" Jelas Maxwell dalam bukunya edisi bahasa Melayu Pemimpin 360 Darjah.
"Orang tidak mahu bekerjasama sekiranya hanya mereka sahaja yang terpaksa menanggung risiko, tetapi kita tidak." - Maxwell.

Prinsip LEAD UP 8:


Menjadi Orang Harapan
Mereka yang menjadi orang harapan lazimnya mampu menyiapkan kerja dalam keadaan tertekan, dalam keadaan sumber yang sedikit, memberi hasil apabila beban menjadi lebih berat, memberi hasil semasa pemimpin tiada, dan memberi hasil pada masa yang terhad.

Prinsip LEAD UP 9:


Jadikan Diri Kita Hari Ini Lebih Baik dari Semalam

"Sesiapa yang dua harinya (semalam dan hari ini) sama sahaja, dia rugi. Sesiapa yang hari ini lebih teruk dari semalam, dia celaka (mal'un)." Abu Sulaiman ad-Darani.

"Kita tidak dapat mengubah di mana tempat kita bermula, tetapi kita dapat ubah arah tempat yang kita tuju." Napoleon Hill.

Guru Pemimpin 360 Darjah

Posted by Dean Mansor Monday, December 12, 2011 0 comments

Memimpin atau Memenangi Hati Pegawai Atasan

Guru Pemimpin 360 Darjah perlu memimpin dirinya sendiri dengan cemerlang atau bawa diri dengan baik, bagi mempengaruhi dan memenangi hati orang atasannya.

Prinsip LEAD UP 1:

1. Bawa Diri dengan Baik (Pimpin atau Urus Diri Sendiri dengan cemerlang)
Menurut Maxwell "Pimpinlah diri saudara sendiri dahulu. Itulah permulaannya. Lagipun, sekiranya saudara tidak mahu mengikut diri saudara sendiri, mengapa pula orang lain mahu mengikut saudara?"
Bos menyenangi orang-orang di bawah pimpinannya yang bijak mengurus dirinya sendiri. Sekiranya bos banyak menghabiskan masa mengurus orang bawahannya seperti memberikan arahan, teguran, dan bimbingan yang berulang-ulang, menunjukkan orang bawahan itu tidak bijak mengurus dirinya sendiri. Contohnya di sekolah, sekiranya guru itu hanya menunggu arahan baru menjalankan tugas ataupun membuat kerja sambil lewa, masuk ke kelas tanpa persediaan yang rapi, buku latihan murid tidak diperiksa, lewat masuk ke kelas, dan lain-lain yang negatif, beliau pasti sukar memenangi hati ketuanya.
Maxwell menegaskan, Pemimpin 360 Darjah yang bijak mengurus dirinya adalah pemimpin yang mengurus emosi, masa, keutamaan, tenaga, fikiran, ucapan, dan kehidupan peribadinya dengan baik.

2. Urus emosi
Guru yang garang tentu tidak bijak mengurus emosinya. Guru perlu tegas bukan garang. Guru tegas akan dihormati, sebaliknya guru garang akan dibenci dan dijauhi.

3. Urus masa
Guru perlu mengurus masa dengan baik seperti datang ke sekolah, masuk ke kelas, hadir mesyuarat, hadir kokurikulum, hantar buku rekod, periksa buku latihan murid, sediakan markah, sediakan kad laporan dan lain-lain dalam masa ditetapkan. Apabila berlaku sebaliknya, bos terpaksa membuat teguran dan sebagainya. Keadaan ini pasti membuatkan guru itu sukar memenangani hati bosnya.

4. Urus keutamaan
Guru yang bijak dapat mengurus keutamaan dengan menyenaraikan perkara yang patut dan mesti dilakukan dan perkara yang tidak patut dan perlu dihentikan. Perkara yang kita suka lakukan tidak semestinya termasuk dalam senarai perkara yang mesti kita lakukan dan diberi keutamaan sehingga mengabaikan perkara yang mesti dilakukan.

5. Urus tenaga
Tenaga perlu diurus dengan baik, kerana orang yang banyak masalah walaupun banyak tenaga, pasti letih sekiranya tidak bijak menyelesaikan masalah itu. Sekiranya berhadapan dengan masalah, cari ataupun analisis punca serta selesaikan dengan bijak dan berhemah.

6. Urus fikiran
Memimpin diri dengan cemerlang termasuk mampu mengurus fikiran. Menurut Maxwell, "Saya menggalakkan saudara cuba mengurus fikiran begini. Sekiranya kita tidak pernah melakukannya, kita akan berasa kagum dengan hasilnya. Ingat formula ini, 1 minit > 1 jam. Satu minit berfikir lebih bernilai daripada satu jam berbual kosong ataupun bekerja tanpa tujuan".

"Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadat (sunat) 60 tahun."
Maksud Hadis, riwayat Ibn Hibban.

7. Urus ucapan
Ucapan atau kata-kata yang keluar dari mulut kita perlu diurus dengan baik kerana kata-kata ialah cerminan kepada peribadi manusia. Kita sepatutnya tidak hanya pandai bercakap, tetapi tidak melakukan apa-apa. Bos kita tentu tidak menyenangi orang bawahannya yang sedemikian. Menurut Maxwell, "Jika kita mempunyai sesuatu yang baik bagi diucapkan, katakannya seringkas mungkin. Jika tidak, diam lebih baik".

"Jika berkata-kata itu daripada perak, nescaya diam itu daripada emas."
Pepatah Arab

8. Urus kehidupan peribadi
Orang yang dapat mengurus kehidupan peribadinya dengan baik, lazimnya ia dapat mengurus tugas dan tanggungjawabnya dengan baik. Sekiranya kehidupan peribadi kita berserabut, kerja juga berserabut, bagaimana kita dapat memenangi hati bos.

Menurut Maxwell, " Jika kita mahu memimpin pegawai atasan, kita perlu selalu memimpin diri kita dahulu. Jika tidak, kita dianggap tidak berkebolehan. Saya dapati kata-kata ini adalah benar:

Jika saya tidak dapat memimpin diri saya,
tiada siapa mahu mengikut saya.

Jika saya tidak dapat memimpin diri saya,
tiada siapa akan menghormati saya.

Jika saya tidak dapat memimpin diri saya,
tiada siapa ingin menjadi pasangan saya.

Kata-kata ini dapat digunakan apabila kita mahu mempengaruhi bos, rakan sejawat, ataupun orang bawahan kita. Apabila kita cemerlang dalam melakukan kerja yang sepatutnya kita lakukan, kita mempunyai lebih banyak peluang bagi meninggalkan kesan yang baik dalam diri orang lain."

(Khuzaimah Sulaiman - Pengetua Cemerlang Jusa C)

TARIKH PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM 2012

Posted by Dean Mansor Tuesday, December 6, 2011 0 comments

TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN 2012

Posted by Dean Mansor Friday, October 14, 2011 0 comments



Takwim Penggal Persekolahan 2012

Search This Blog

Waktu Solat

Chat

Recent Post

KLIK UNTUK JANA PENDAPATAN