Waktu

Kalendar

Followers

Info

IP

Visitor

---------------SAMA-SAMA JANA PENDAPATAN---------




Blog membuat perabot ini merupakan titik permulaan ke arah profesionalisme Guru Cemerlang....Blog ini bertujuan memberi pendedahan kepada saya sendiri untuk maju ke arah dunia pendidikan yang lebih moden dan global. Ia akan dapat membantu saya berhubung dengan rakan-rakan sejawat di seluruh Malaysia. Blog ini juga mampu memberi pengajaran dan pembelajaran kepada semua murid yang mengambil bidang membuat perabot sama ada di sekolah saya sendiri mahu pun di seluruh Malaysia.

Hari Pertama Persekolahan 2011

Posted by Dean Mansor Tuesday, January 4, 2011

Kelas: 5 Berlian
Masa : 10.40-2.00
Tajuk: Modul 7 (Kerusi)
Sub Tajuk: Mentafsir Lukisan Projek

Di hari pertama persekolahan, semua murid 5 Berlian hadir ke sekolah pada hari ini. P&P berjalan seperti biasa dengan modul 7 iaitu membina kerusi. Pada hari ini, ada murid yang sudah bersedia dan ada juga yang masih dalam mood cuti. Pada hari ini P&P berkisar mengenai tafsiran lukisan projek. Murid-murid dikehendaki menyenaraikan komponen-komponen yang ada pada kerusi. Selepas menyenaraikan komponen-komponen, murid-murid dikehendaki melakar komponen-komponen tersebut. Ini bertujuan untuk memahirkan murid-murid dengan rekabentuk kerusi tersebut. Selain komponen, murid-murid juga dikehendaki melakar tanggam-tanggam yang digunakan dalam pembinaan kerusi ini. Selesai P&P pada hari ini, kebanyakkan semua murid telah siap melakar komponen-komponen kerusi.





0 comments

Post a Comment

Search This Blog

Waktu Solat

Chat

Recent Post

KLIK UNTUK JANA PENDAPATAN